Followers

Thursday, December 29, 2011

Kod-Kod Estetika Dalam Kelas Kanak-kanak

1.0 PENDAHULUAN
“Para pelawat ataupun ibubapa yang datang ke setiap pusat pendidikan bagi kanak-kanak mempunyai tendensi yang tinggi untuk melihat ruang yang disediakn dan kualiti penjagaan serta pemilihan asas kepada bentuk program pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak.” Lela Gandini, orang yang menghubungkan Amerika Utara dengan prasekolah Reggio Emilia.
Perbincangan seterusnya dalam aspek ini akan menjurus kepada perbandingan mesej yang terkandung dalam persekitaran fizikal dalam kelas prasekolah daripada sudut pandang prasekolah berdasarkan Reggio Emilia, Italy dengan persekitaran tipikal yang ada di prasekolah di Kanada dan United States daripada perspektif “ Kod-Kod Estetika” yang terhasil daripada konteks ini. 9 Rosario & Collazo, 1981)
2.0 PENGENALAN
Estetika merujuk kepada sebuah penghayatan tentang kecantikan dan rasa sama ada dalam bentuk komik, tragik ataupun secara luhur. Perkataan tersebut berasal daripada aisthetikos bermaksud “ Persepsi Deria.” Estetika mempunyai telah menjadi sebahagian daripada falsafah seperti epistemologi atau etika. Walau bagaimanapun penjelasan mengenai estetika menjadi lebih kukuh berdasarkan pendapat dan penjelasan yang dilakukan oleh Immanuel Kant, salah seorang ahli falsafah daripada Jerman. Beliau menyatakan bahawa estitika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan pendapat dan pengalaman.
Istilah “kod-kod estetik” datang daripada Rosario dan Collazo (1981) yang memandang kerja seni kanak-kanak bernilai melalui guru dalam dua buah kelas prasekolah. Rosario dan Collazo tertarik dengan persepsi Pierre Bourdieu yang menggambarkan persepsi estetika seperti satu konstruksi sosial yang dipelajari secara sedar atau tanpa menyedari (Rosario & Collazo). Sifat-sifat estetika atau kod-kod tersebut mempunyai cara tersendiri untuk beroperasi dalam bilik-bilik darjah prasekolah. Selain itu kod-kod estetika mampu mengajar kanak-kanak menerokai secara rasmi dan secara tidak rasmi akan pelbagai pembelajaran.
Pelbagai penerangan tentang pengaruh kod-kod ini dapat mempengaruhi imej budaya kanak-kanak, nilai budaya, dan sasaran perkembangan pembelajaran akan dibincangkan dengan teliti. Selepas itu konklusi pula akan melibatkan implikasi kod-kod estetika terhadap guru-guru seni. Fokus lebih untuk prasekolah di Amerika Utara dengan murid prasekolah yang berumur dalam lingkungan lima tahun. Prasekolah ini membantu kanak-kanak bersedia ke alam persekolahan sebenar. Walau bagaimanapun kanak-kanak berumur tiga ke emapat tahun juga akan disentuh. Di reggio Emilia pula, Majlis perbandaran Regio Emilia telah membiayai pusat latihan bertatih untuk kanak-kanak berumur tiga tahun kebawah yang beroperasi di bawah falsafah yang sama.
Konteks buku mendefinisikan estetika kepada kualiti visual sesuatu benda-benda dan persekitaran yang disertai dengan pengalaman-pengalaman yang melibatkan penhayatan yang mendalam (Flannery, 1977). Flannery menggambarkan pewarisan tingkah laku estetika; Sebagai suatu yang mampu menarik tumpuan sesuatu untuk memfokuskan perhatian dengan kehadiran pelbagai aspek, pelbagai lapisan penghayatan visual, deria rasa, penghayatan olfaktori, penghayatan kinestetik, penghayatan gustatori, dan emosi. Setiap komponen ini menjadi komponen dan sifat-sifat estetika.
Pengertian “seni sekolah,” seni yang hanya wujud di sekolah-sekolah dan merupakan “satu gaya seni yang mempunyai hak keinstitusian sendiri” termasuk persekitaran bilik darjah sebagai satu gaya yang mempunyai hak sendiri. Efland (1988)
Bilik darjah prasekolah di Amerika utara mempunyai persekitaran yang tipikal. Oleh hal yang demikian, deskripsi diberikan secara umum dan tidak merangkumi keseluruhan bilik darjah.
3.0 ISI
3. 1 Estetika Dalam Bilik Darjah Di Kanada Dan United States
Kedua-dua program di negara Kanada dan United States memiliki nilai-nilai moral yang kuat sebagai medium untuk menyediakan kanak-kanak kepada situasi di sekolah. Sebagai contoh, di Alberta,Kindergarten Program Statement (Alberta Education, 1995) menyatakan tadika adalah tempat untuk menyediakan kanak-kanak memasuki gred satu dalam alam persekolahan dan juga untuk masa depan mereka. Hubungan erat ini iaitu untuk gred pertama, diperkuatkan oleh lokasi tadika itu dalam sekolah rendah, satu faktor pengaruh yang kukuh dalam kod-kod estetika yang beroperasi dalam sesebuah bilik darjah.
Lazimnya, sesebuah sekolah akan mempunyai sebuah koridor sebagai laluan utama semua orang untuk memabantu pergerakan keluar dan masuk ke bilik-bilik darjah. Ruang bilik darjah adalah suatu entiti yang berbeza dan terbahagi kepada “pusat-pusat” seperti pusat seni, pusat menulis, pusat pasir atauair, pusat membaca, pusat matematik, pusat manipulasi, pusat blok-blok, pusat sains, dan seorang pembantu rumah atau kawasan permainan dramatik. Selain itu, terdapat juga suatu ruangan untuk bermesyuarat. Bilik darjah tersebut mungkin akan kelihatan penuh dengan pelbagai perabot dan rak.
Kesan secara menyeluruh memperlihatkan satu perincian visual imej-imej dengan perinciansesuatu estetika. Hanya dengan berdasarkan imej-imej pada dinding-dinding itu serta-merta dapat menggambarkan berada dalam sebuah tadika (darjah satu) bilik darjah. Pandanag seperti ini dalam sesebuah sekolah hanya wujud dalam sekolah-sekolah. (Efland, 1988). Menyumbang untuk kesenian unik ini adalah simbol-simbol stereotaip dan sifat-sifat visual barang-barang itu dalam bilik itu.
Melihat gambar-gambar yang ada pada kedua-duanya, satu kesimpulan yang boleh dibuat, sebaik memasuki ruangan - ruangan berkenaan, seseorang seolah-olah berada dalam sebuah bilik yang di penuhi dengan pelbagai jenis warna-warna asas dan cerah seperti merah, kuning biru, hijau pekat dan oren. Selalunya permainan pelbagai warna hanya digunakan kepada bayi. Walau bagaimanapun pelbagai warna ini secara langsung bukan sahaja cantik pada pandangan kanak-kanak malahan mampu mempengaruhi kanak-kanak untuk mengetahui dan mengenali jenis dan nama pelbagai warna yang ada. Kelas yang kelihatan berserabut dengan pelbagai warna dan perabot secara keseluruhannya mempunyai nila estetika yang tersendiri bagi setiap individu bergantung kepada persepsi dan penilaian masing-masing.
Egan ( 1988) telah membuktikan bahawakanak-kanak yang masih kecil ataupun bayi juga prihatin dengan tema abstrak sama ada baik atau buruk; cantik atau hodoh; terkawal atau tidak terkawal; berunsur cinta mahupun kebencian. Semua ini adalah pelbagai perkara yang akan membentuk kendiri seseorang sebagai manusia yang sebenar. Hal tersebut sebenarnya bermula sejak zaman awal kanak-kanak lagi.
3.2 Estetika Dalam Bilik Darjah Sekolah Jenis Reggio Emilia
Pendekatan Reggio Emilia ialah sebuah falsafah pendidikan yang berfokus kepada prasekolah dan pendidikan awal. Pendekatan ini dimulakan oleh ibu bapa di sebuah kampung berdekatan dengan Reggio Emilia di Itali selepas Perang Dunia ke-2. Kemusnahan yang diakibatkan oleh perang telah menyebabkan ibu bapa di kawasan tersebut percaya bahawa mereka memerlukan suatu pendekatan baru yang dapat mengajar anak mereka dengan cepat. Hal ini telah membawa kepada penciptaan sebuah program berdasarkan prinsip menghormati, bertanggungjawab dan masyarakat melalui eksplorasi dan penemuan yang memberangsangkan dalam memperkayakan persekitaran berpandukan bakat yang ada pada kanak-kanak melalui kurikulum sendiri.
Tenaga pengajar di sekolah prasekolah Reggio Emilia sangat mementingkan apa yang mampu diajarkan oleh persekitaran sekolah kepada anak-anak murid mereka. Mereka beranggapan bahawa persekitaran yang ada merupakan “Tenaga Pengajar atau Guru Ke-3” disamping dua orang guru kelas (Gandini, 1998). Persekitaran mengambarkan pengajaran asas sekolah dalam falsafah pendidikan John Dewey dan teori pembelajaran sosial kontruktivist Vygotsky ( Malaguzzi, 1998). Hal tersebut telah mewujudkan kepercayaan dalam kalangan guru-guru di Reggio bahawa kanak-kanak adalah pintar,bersifat ingin tahu, cekap, berdaya imaginatif, dan mempunyai satu keinginan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. (Rinaldi, 1998).
Mereka percaya kanak-kanak itu boleh mencipta maksud yang terbaik dan akan mampu merasakan dunia sebenar mereka melalui kehidupan kompleks, persekitaran yang kaya dan bersistem sokongan " kompleks, berbagai-bagai, dibenarkan, dan bertukar hubungan dengan orang lain, dunia dengan pengalaman, idea-idea dan banyak cara bagi menyatakan idea-idea" (Cadwell) berbeza dengan mempermudahkan pengajaran-pengajaran atau persekitaran-persekitaran pembelajaran. Mereka juga yakin kanak-kanak itu mempunyai hak untuk persekitaran yang menyokong perkembangan bahasa mereka (Kanak-kanak Reggio, 1996).

Sesuatu yang terperinci dan berillustrasikan dengan baik mengenai perbincangan mengenai kepentingan persekitaran di Prasekolah Reggio Emilia boleh ditemui di Children, Spaces, Relations: Metaproject for an Enviroment for Young Children ( Ceppi & Zini, 1998). Buku ini menggambarkan hal mengenai sokongan persekitaran terhadap pendidikan dan budaya peradaban disekolah dan masyarakat.
Ceppi dan Zini ( 1998) mengunakan istilah osmosis untuk menggambarkan hubungan antara sekolah dengan dunia di luar. “Sebuah sekolah tidak sepatutnya menjadi sebuah counter-world, tetapi intipati dan penyulingan masyarakat. Realiti yang kontemporari boleh menelap sekolah, menapis pelbagai kebudayaan dengan menyediakan sekolah sebagai membran yang melapisi muka dengan muka.
Umpama sebuah bandaraya, terdapat banyak komponen dalam sesebuah sekolah. Pelbagai aktiviti harian dalam sesebuah sekolah yang direka untuk kanka-kanak menciptakan mikrokosme masyarakat. Sehubungan dengan itu, sekolah bukan sahaja menjadi sebuah sekolah malahan menyediakan banyak komponen bagi melengkapkan sebuah bandar dan aktiviti-aktiviti harian didalam sekolah itu. Oleh hal yang demikian sekolah itu menjadi sebuah bandar raya dengan pelbagai bidang atauaspek aktiviti dengan berbagai jadual dan juga ciri-ciri ruangan yang ada didalam sekolah itu sendiri (kedua-dua berfungsi dan bersifat estetika) merupakan hibrid sebagai bandar raya: tebal, "tercemar", secara serentak.
Guru-guru yang mengajar di Regio memasukkan pelbagai konsep rumah ke dalam sekolah seperti vas bunga, pinggan mangkuk yang sebenar dan sebagainya. Anatar contoh lain yang menambahkan keunikan tempat tersebut ialah bunga-bungaan yang digantung pada siling dan saling menarik antara biji kekacang dan benih di pamerkan diatas para-para di ruangan makan kawasan Arcobaleno Infant-Toddler Center.
Bahan yang dihasilkan kilang mahupun bahan-bahan asli boleh didapati dijadikan bahan projek-projek seni dan dipamerkan dengan berhati-hati dalam kontena-kontena telus, ataupun benda-benda diletakkan pada bahagian cermin-cermin yang ada dengan tujuan menyediakan pelbagai pemandangan berbeza yang mampu menarik perhatian berganda daripada kanak-kanak. Peranan yang paling berpengaruh dalam keseniaan kebudayaan orang itali ialah sesuatu yang kelihatan jelas tampak pada suatu bahagian dalam ateliar (Studio Seni), pelbagai ateliar mini yang terletak bersebelahan dengan bilik darjah dan pernanan atelierista (guru pendidikan seni) memainkan peranan untuk membantu para guru dan kanak-kanak dalam pekerjaan mereka.
Guru-guru Reggio mengaplikasikan pelbagai bentuk permainan dan imej daripada kebudayaan yang popular. Vea Vecchi, salah seorang atelierista di Sekolah Diana, menulis tentang kepentingan cerita dalam kalangan kanak-kanak.
Terdapat dua ruang mencerminkan nilai-nilai budaya berbeza untuk kanak-kanak: Bilik darjah Amerika Utara biasanya mencerminkan idea persediaan untuk ke dunia pekerjaan itu, suatu persekitaran yang terpinggir daripada satu aspek budaya, yang memudahkan bentuk-bentuk visual, dan melindungi kanak-kanak daripada dunia luar. Keseniannya visualnya mencerminkan pemasaran besar-besaran dan kraf kedai budaya. Hal ini tidak dapat menyediakan sesuatu estetika yang mencabar kepada kanak-kanak untuk bergerakbalas dengan dengan warisan kebudayaan, atau untuk dunia mereka. Seni dan guru pendidikan awal kanak-kanak pelbagai perkara daripada Guru Reggio.
Guru seni perlu mencari cara untuk menjelaskan kod-kod estetika kepada para guru pendidikan awal kanak-kanak dengan lebih teliti krana hal ini akna membantu mereka mempertingkatkan daya penarik kepada minat kanak-kanka untuk berada dalam kelas dan memberikan perhatian sepenuhnya. Selain itu mereka juga harus bersama-sama mencari cara terbaik bagi menghasilkan persekitaran yang merangkumi kedua-dua aspek menarik dan bersifat estetika selaras dengan kriteria kanak-kanak yang mereka sedang kendalikan. Mereka juga perlu bersama-sama menerokai cara untukmnyatukan aspek daripada luar sekolah ke dalam kehidupan dalam kelas tidak hanya ala kadar. Guru seni boleh membantu guru-guru kelas prasekolah melalui idea-idea dan teknik untuk menunjukkan nilai-nilai murni dan sikap menghormati kerja kanak-kanak berbanding dengan melakukan pelbagai perkara yang remeh temeh.
Reggio telah membuktikan bahawa kerja sama diantara guru seni dan guru prasekolah akan menghasilkan impak pembelajaran yang sangat mengagumkan. Disamping itu hal ini akan mencabar guru-guru yang mengajar seni untuk melibatkan diri sepenuhnya dalam memainkan peranan sebagai atelierstatanpa sekolah, bekerja rakan sekerja dengan guru untuk menyokong kanak-kanak menjana idea visual mereka, membantu kanak-kanak mengalami pembelajaran provokatif, dan reka bentuk persekitaran untuk yang akan meningkatkan kesedaran pesepsi dan menyediakan tempat yang mengagumkan, menimbulkan perasaan ingin tahu dan penyampaian pelbagai idea.
4.0 BIBLIOGRAFI
4.1 Buku
1. Alberta Education ( 1995 ), Kindergarten Program Statement Edmonton, AB: Curriculum Standards Branch, Alberta Education.
2. Cadwell, L (1997) Bringing Reggio Emilia home: An innovative approach to early childhood education. NY: Teachers College Press.
3. Ceppi, G. & Zini, M. (Eds.), (1998). Children, spaces, relations: metaproject for an environment for young children. Reggio Emilia, Italy: Reggio Children.
4. Efland, A. (1988). The school art style: A functional analysis. In G. Hardiman & T. Zernich (Eds.), Discerning art: Concepts and issues. Champaign, IL: Stipes Publishing. Reprinted from Studies in Art Education, 17(2), 37-44.
5. Gandini, L. (1998). Educational and caring spaces. In C. Edwards, L. Gandini, & G. Forman (Eds.), The hundred languages of children: The Reggio Emilia approach--advanced reflections (second edition) (pp. 161-178). Greenwich, CT: Ablex.
6. In C. Edwards, L. Gandini & G. Forman (Eds.), The hundred languages of children: The Reggio Emilia approach -advanced reflections (second edition) (pp. 113 - 125). Greenwich, CT: Ablex.
7. Joan Bouza Koster, ( 1997), Growing artists : Teaching Art to Young Children, United States Of America.*
8. Malaguzzi, L. (1998). History, ideas and basic philosophy: An interview withLella Gandini. In C. Edwards, L. Gandini, & G. Forman (Eds.), The hundred languages of children: The Reggio Emilia approach—advanced reflections (second edition) (pp. 49-97). Greenwich, CT: Ablex.
9. Susan Wright (2003), The Arts, Young Children And Learning, United States Of America *
10. Rosario, J. & Collazo, E. (1981). Aesthetic codes in context: An exploration in two preschool classrooms. Journal of Aesthetic Education, 15 (1) 71-82.
4.2 Laman Web.
13. Patricia Tarr, October 2001, http://www.designshare.com/Research/Tarr/Aesthetic_Codes_3.htm ( 18. 08. 2009)
4.3 Journal
14. Judith M. Burton, Teachers College Columbia University, creativeintellingence, creative practice, lowenfeld Redux ; Studies in Art Education; Summer 2009; 50, 4; Academic Research Library pg. 323, 525 West 120thStreet, New York, NY 10027.
15. Flavia Bastos : Resonant teachers Voices

0 comments:

Post a Comment

 
blog ini diedit oleh fiezah91